Monday, March 21, 2011

Bila berbicara Tentang teknologi

السلام عليكم........
Tahukah anda ape  itu GMF? cewah..cam nak wat karangan lak..
GMF ialah singkatan bagi perkataan "Genetically Modified Food" ,

Apa lak maksud GMF??
dalam kata mudahnya...GMF ni adalah makanan yang di "ubah" DNA nya dengan mengunakan  organisma melalui kaedah kejuruteraan genetik. organisma diubahsuai secara genetik memiliki perubahan tertentu dimasukkan ke dalam DNA yang ingin diubah dengan teknik kejuruteraan genetik. 
 



tapi GMF sering jugak di kaitan ngn "Mutaganesis" .Taw tak ape itu Mutaganesis?? 
Mutaganesis ni macam cerita evolution tu..yang diorng kena radiasi, and then diornag mutasi ang jadi manusia ganas..

Atau dengan lebih tetap lagi:
Mutagenesis (mutasi breeding) di mana suatu organisma terkena radiasi atau bahan kimia untuk membuat perubahan yang tidak spesifik tapi stabil. Teknik yang lain di mana manusia mengubah organisma makanan termasuk pembiakan selektif, pembibitan, dan penternakan haiwan, dan variasi somaklonal ( wikipedia)


Apa lak Pandangan Islam terhadap GMF?/
Cuba kita Tanya IKIM....
"
Dalam kita membahaskan berkenaan dengan GMF ini, sekalipun makanan tersebut adalah daripada sumber gen haiwan yang halal dimakan dalam Islam, tetapi jika ia diketahui mempunyai kesan sampingan, mengundang kemudaratan kepada kesihatan manusia, maka ia perlu dielakkan. Ia merupakan pendekatan maqasid syariah yang menekankan perlindungan terhadap agama, nyawa, akal, zuriat dan harta benda. Jika GMF itu ternyata membawa bahaya kepada perkara- perkara tersebut, maka sudah pasti ia tidak wajar dimakan.

Dekan Universiti Filipina, Institut Pengajian Islam, Dr Carmen Abu Bakar menyatakan bioteknologi ataupun makanan ubahsuai genetik adalah harus bagi setiap orang Islam selagi pemprosesan setiap barang keluaran dilabelkan sebagai "bebas daripada elemen bahaya". Di sini telah nampak satu keperluan bagi umat Islam tentang pelabelan sesuatu GMF sama ada ia mengandungi unsur yang mudarat atau sebaliknya. Keperluan pelabelan GMF ini penting sepertimana keperluan dilabelkan halal seperti yang telah diamalkan di negara kita sekarang. Ia mempamerkan suatu perubahan dalam kehidupan kita sebagai pengguna kerana selain kita mementingkan dari sudut halal, kepentingan dari segi kebaikan dan kesan sampingan sesuatu makanan juga tidak diabaikan.
Persidangan Islam yang diadakan di Rabat, Morocco di mana Islamic Academy of Science menyatakan selagi GMF ini adalah bermutu baik, tiada risiko kepada manusia dan alam sekitar, umat Islam boleh menggunakannya. Oleh itu, kita sebagai umat Islam perlu peka dan selagi kita berpegang kepada konsep halalan tayyiban, kita dapat menilai dan memilih sendiri apakah sesuatu makanan itu halal dan selamat untuk dimakan. Yang menjadi persoalan sekarang, masih belum ada lagi pelabelan makanan yang menyatakan sesuatu makanan itu mengandungi unsur pengubahsuaian genetik ataupun tidak."http://www.ikim.gov.my/v5/index.php?cmd=resetall&grp=2&key=1169&lg=1&opt=com_article&sec= 



Tengok tu.. panjang lebar ulasan IKIM..
so sebangai kesimpulan nya...
cari lah makan yang Halal dan Toyyiban..
Apa kata kita tengok gambar yang menarik berkaitan GMF/ Teknology terkini kot







hihi..selamat malam...

ANDA JUGA MUNGKIN MEMINATI

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...